PEMBERITAHUAN PENTING ( IMPORTANT NOTICE )
1. Untuk makluman, Pekeliling Pk (EL) MPOB 04/2016 bertajuk “Penguatkuasaan Pengemukaan Maklumat Berkala Bagi Pemegang Lesen Dalam Kategori Estet di Bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005” menghendaki pemegang lesen bagi kategori yang dinyatakan untuk mengemukakan maklumat berkala MPOB (EL) ET 5B iaitu BANCIAN MPOB MENGENAI PENYAKIT Ganoderma DAN KAWALAN PADA TANAMAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA.

Berikut adalah link bagi BANCIAN MPOB MENGENAI PENYAKIT Ganoderma DAN KAWALAN PADA TANAMAN KELAPA SAWIT DI MALAYSIA. Klik di sini.

Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus secara atas talian atau melalui emel pada atau sebelum 30 November 2023.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Dr. Mohd Hefni Rusli (Tel: 03- 8769 4736, E-mail: mohd.hefni@mpob.gov.my atau Mohd Shukri Ibrahim (Tel: 03- 8769 4486, E-mail: mohd.shukri@mpob.gov.my/ ganosurvey@mpob.gov.my
2. Adalah dimaklumkan, SETIAP PEMEGANG LESEN MPOB HENDAKLAH MENGEMUKAKAN PENYATA BULANAN DAN DITERIMA OLEH MPOB PADA TIAP-TIAP BULAN SELEWAT-LEWATNYA PADA 7 HB PADA BULAN YANG BERIKUTNYA. Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya mereka gagal mengemukakan Penyata Bulanan pada tarikh tersebut, seperti mana yang diperuntukkan di bawah:

 

  • Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005 menyatakan, ”Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mematuhi tiap-tiap syarat yang dikenakan berhubungan dengan tiap-tiap kategori yang dinyatakan dalam lesen ”, dan Jadual Keenam, Para 3, Syarat syarat Am Bagi Semua Pemegang Lesen menyatakan bahawa ”Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka adalah LENGKAP, BENAR DAN TEPAT kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada TUJUH HARIBULAN PADA BULAN YANG BERIKUTNYA”.

  • Peraturan 21(2) memperuntukkan ”Seorang pemegang lesen yang tidak mematuhi atau melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM200,000.00 ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI ”.
3. PERINGATAN: PEMEGANG LESEN DIKEHENDAKI MEMOHON PEMBAHARUAN LESEN MELALUI LAMAN WEB MYLESEN https://e-lesen.mpob.gov.my DALAM TEMPOH TIDAK KURANG DARIPADA 1 BULAN TETAPI TIDAK AWAL DARIPADA 3 BULAN DARIPADA TARIKH TAMAT LESEN.
4. Notis Am - Pemberitahuan Mengenai Bayaran Ses Buah Kelapa Sawit Yang Tertunggak. Klik di sini

MPOB E-Submission

SELAMAT DATANG KE SISTEM e-SUBMISSION MPOB

Sistem online e-Submission merupakan inisiatif MPOB di dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran Penyata Bulanan Pengeluar Buah Kelapa Sawit - MPOB (EL) ET4 bagi kategori estet dengan mudah, cepat dan selamat selewat-lewatnya pada 7 haribulan pada bulan berikutnya. Untuk makluman, segala maklumat peribadi yang dikongsikan melalui e-Submission kepada MPOB adalah selamat dan dirahsiakan.

Contoh : 555555666666

Sila gunakan HURUF BESAR/CAPSLOCK pada kata laluan sekiranya gagal memasuki sistem.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Penyata Bulanan Pengeluar Buah Kelapa Sawit - MPOB(EL)ET4
NO. NAMA TELEFON E-MEL
1. Nooralfaziana (Pahang/Sarawak/N.Sembilan/Terengganu) 03-78022864 noralfaziana@mpob.gov.my
2. Ahmad Syakir (Sabah/Perlis/Pulau Pinang/Melaka) 03-78022990 ahmadsyakir@mpob.gov.my
3. Nurazura (Perak/Selangor/Kedah) 03-78022911 nurazura@mpob.gov.my
4. Nuratiqah (Johor/Kelantan) 03-78022885 nuratiqah.hamzah@mpob.gov.my
Penyata Bulanan Gunatenaga dan Mekanisasi
NO. NAMA TELEFON E-MEL
1. Norfadilah Mazlan 03-78022851 norfadilah@mpob.gov.my
2. Norasziren Mohd Ariff 03-78022894 ziren@mpob.gov.my
3. Maizatulakhma Md Tunut 03-78022893 akhma@mpob.gov.my
4. Nurulafiza Che Noh 03-78022897 fieza@mpob.gov.my
5. Nur Asmani Che Dir 03-78022889 asmani@mpob.gov.my
6. Nur Halawati Zainuddin 03-78022899 halawati@mpob.gov.my
7. Norrafidah Mohamad Rapiee 03-78022892 nrafidah@mpob.gov.my
8. Zuhaina Zainal 03-78022807 ainaz@mpob.gov.my
9. Zuridah Abdul Talib 03-78022857 zuri@mpob.gov.my
10. Syuhadatul Fatimah Omar 03-78022873 syuhadatul@mpob.gov.my